Oct
01
Filed Under (UMUM) by on 01/10/2009

PPD Kinta Selatan dengan kerjasama PKG Daerah Kinta Selatan telah mengadakan bengkel pengurusab blog kepada beberapa orang JU yang dipilih bagi melatih GPM sekolah untuk membuat blog sekolah masing-masing. Seramai 12 orang JU telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di PKG Batu Gajah. Turut Hadir ialah Timbalan PPD Kinta Selatan.

Sep
17

Filed Under (Makluman) by on 17/09/2009


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sep
15
Filed Under (Makluman) by on 15/09/2009

Sekolah-sekolah di dalam Daerah Kinta Selatan diminta menghantar kutipan data NILAM berakhir 30 September  2009 ke PKG kelompok masing-masing.

Sekolah boleh memuat turun borang di sini

dan mengisi data secara online di http://sheet.zoho.com dengan menggunakan username dan password yang dibekalkan oleh PKG masing-masing.

Sekolah juga diharap dapat mengisi data online SPPICTS bermula pada 14 September 2009 sehingga 2 Oktober 2009. Data yang diisi sebelum 14 September 2009 tidak dikira dalam kutipan SPPICTS ke 3 ini. Semua sekolah dalam daerah Kinta Selatan diminta mengambil tindakan segera akan perkara ini.

Sep
10
Filed Under (UMUM) by on 10/09/2009

rayaGM

Selamat Hari Raya dari Kami Warga PKG Daerah Kinta Selatan

Sep
07
Filed Under (UMUM) by on 07/09/2009
Doa menghadapi peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Bit taufiq wannajah fil imtihan

~strive 4 mardhatillah

Sep
03
Filed Under (Makluman) by on 03/09/2009

Pelaksanaan kutipan data untuk Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi semua sekolah untuk kutipan kali ke 3 akan dijalankan mulai 14September 2009 hingga 2 Oktober 2009.

Semua sekolah diharap bersedia.

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 – 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 – 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 – 02 Okt 2009

Aug
27
Filed Under (Uncategorized) by on 27/08/2009

salam1malaysiaSelamat menyambut Hari Kemerdekaan yanh ke 52 dari kami warga PKG Batu Gajah.

1-malaysia2 SATU MALAYSIA Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan

logo-hari-kemerdekaan-52

Aug
25
Filed Under (Makluman) by on 25/08/2009

Bengkel Pembinaan blog PKG telah diadakan pada:

Tarikh                 : 25 Ogos 2009

Masa                   : 9.00 pagi

Tempat              : PKG Kampar

Sila klik pada link Laporan Mesyuarat .

Aug
22
Filed Under (Uncategorized) by on 22/08/2009

10

Kami di PKG Daerah Kinta Selatan ingin mengucapkan kepada semua guru yang beragama islam SELAMAT mENYAMBUT rAMADAN AL MUBARAK.

Dari kami Warga PKG Daerah Kinta Selatan

Aug
21
Filed Under (Uncategorized) by on 21/08/2009

esok-puasa1

Pengishtiharan puasa